BannerFans.com



04 Disember 2012

PROGRAM SAMBUTAN BULAN BAHASA PERINGKAT FRIM 2012

Bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan Sempena Bulan Bahasa 2012, PESENI Kelab FRIM dengan kerjasama Unit Pengurusan Korporat  telah mengadakan

Program Sambutan Bulan Bahasa Peringkat FRIM 2012 pada 30hb November 2012 dengan tema 'FRIM DIHATIKU' yang diadakan di Auditorium, FRIM pukul 02.45 petang.

Semua kakitangan dijemput hadir bagi memeriahkan
Sambutan Bulan Bahasa Peringkat FRIM.
Pelbagai persembahan seperti Pertandingan Berbalas Pantun,dan Persembahan Deklamasi Sayembara Puisi dari kakitangan FRIM akan dipersembahkan.

Pengacara yang tak asing lagi dari PESENI iaitu Pn Nuhajarul Hasni dan En Shafiz
menjadi penyeri majlis...cakap berbunga-bunga gitu...hii

Kumpulan Tun Teja tekun untuk mencari pantun yang sesuai untuk dijual kepada kumpulan lawan


Kumpulan Rosselee meneliti jawapan yang terbaik untuk dijawap 
supaya boleh menambat hati juri...

Juri jemputan dikalangan pegawai FRIM....susah nak pilih yang mana satu
kumpulan yang akan menang...sama hebat!!...


Dr Wan Tarmizi mendendangkan lagu puitis bertajuk Berita kepada kawan
menjadikan penonton teruja dengan penyampaiannya...


Dr Mohd Nor dan En Nurul Hilal menyampaikan deklamasi sajak yang bertajuk
 'Doa Dalam Pertanyaan Diri' bakat yang terpendam selama ini diluahkan...syabas


Dr Rahim Sudin sudi menyampaikan deklamasi Puisi bertajuk 'Aku Budak Kampung'
..membawa kita memperingati asal kita dalam kehidupan harian orang kampung...
walaupun kita ni kecil tapi cita-cita kita besar...  


Dr Rusdan Ibrahim dalam penyampai deklamasi sajak beliau bertajuk 'FRIM Bumi Tercinta'
ayat yang tak boleh dilupa adalah ...acuan latiiiifffffffffffffffffffff....FRIM boleeeehhhhh...memang terbaik!!


Pn Suharti Samod menyampaikan deklamasi sajak bertajuk '



Y Bhg Dato' Ketua Pengarah FRIM telah pun menyampaikan deklamasi puisi yang diciptanya khas dari gurindam jiwa buat orang yang dikasihi...bertajuk 'MELODI SI ANAK UBI' dikemuncak kepada pertandingan di Bulan Bahasa ini..sungguh indah ayat-ayat dicipta..terima kasih Dato'...
(sila rujuk liriknya di sudut Karya Pilihan)


Pasukan Tun Teja dinobatkan Johan pertandingan pantun peringkat FRIM 2012


Pasukan Rosselle mendapat naib johan pertandingan pantun peringkat FRIM 2012


01 November 2012

LAWATAN DAN PROGRAM KEMASYARAKATAN PESENI KE KOTA TINGGI JOHOR

Assalamualaikum semua...PESENI telah menganjurkan Program Lawatan dan Aktiviti Kemasyarakatan di Johor pada 29 Jun hingga 2 Julai 2012, seramai 31 ahli PESENI FRIM dengan kerjasama J/Kuasa Latihan FRIM. Program yang dirancang adalah Gotong-royong bagi membangunkan taman herba disekolah Kebangsaan Muzaffar Syah, Felda Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. FRIM dan kerjasama Biotropics (M) Sdn Bhd telah menyumbang sebanyak 50 batang pokok kelat paya dan pelbagai jenis pokok herba. Disertakan gambar semasa aktiviti sepanjang program yang telah berjaya dilakukan.

 Perjalanan menuju ke Kota Tinggi...


sampai di telok sengat..kota tinggi, untuk bermalam diatas rumah rakit


 acara berBBQ oleh semua peserta...sebelum memulakan acara pertandingan
karaoke



layan sampai kenyang....


Program kemasyarakatan di Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah Felda Air Tawar...penanaman pokok herba di Taman Herba.


Penyampaian cederamata oleh En Kamal kepada Pengetua Sekolah


Program diteruskan ke Mersing...untuk acara motivasi


acara mencari tresurehunt

kumpulan biru

kumpulan hijau

kumpulan merah

kumpulan putih

acara sukanika

meleleh air liur si kak tu...


belon siapa lagi besauuu..ahhaa


perangai ahli PESENI yang tak sepi dari keceriannya


bowling pantai...


acara jual badan..opsttt....silap..dah penat tu lepak sattt..



geng lelaki apa lagi...mancing time....


double Shaipul ni...


warga myanmar baru sampai pusat karaoke...hihi..
sebenarnya acara penyampaian hadiah pada sebelah malam...


kecerian selepas kepenatan disiang hari...yg berdiri tu kepala nya...hahaha


program seterusnya PESENI mengadakan lawatan ke Jabatan Kesenian Negeri Johor...
terima kasih kepada semua yang menyambut kami disana...

ahli PESENI di ajar untuk menari zapin...


sekian sahaja untuk kali ini....diharap kita berjumpa dilain ruangan...

22 Mei 2012

PERSEMBAHAN PESENI DI HARI ANUGERAH FRIM 2012

PESENI telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan berbentuk hiburan dari Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah FRIM yang telah diadakan pada 18 Mei 2012 (Jumaat), dengan komitmen yang diberikan setiap ahli PESENI maka kami telah mempersembahan sketsa musikal bertajuk "Ujibakat...nak pecaya ke?".Tahniah kepada semua artis yang telah memberikan komitmen kental bagi menjayakan majlis tersebut....saksikan antara babak-babak nya....

Rancangan dimulakan oleh Tok Ketua....selaku Hos Rancangan.


 En.Yahya memegang watak Jamal Dolah...dengan lagu idolanya Azura - Jamal Abdilah

 Ain dengan watak Abedah Undur menyanyikan lagu Terlalu Istimewa - Adibah Nor


 Zaiton dengan watak Ramlah Dam...menyanyikan lagu Kau kunci cintaku dlm hatimu-Ramlah Ram...siap ada papan dam didada dan kunci gergasi kauuuuu....hihihi...

 Samsuri dan Azlina dengan watak Muthu Khan dan Kumari kirja melakonkan gaya artis bollywood...lagu Kol Mil Gaya.....

 dari kiri Hasni, Hawa, Zuriati, Rosnaida dan Wawa...gadis joget dengan lagu saloma "kenek-kenek lah udang"...memang layan tengok mereka menari....padahal lagu pengantin tu...hihihii...  


Hasrina dengan watak Tona menyanyikan lagu 'Terukir dibintang -Yuna, memang bagus lakonannya...
Dato KP kata kalau Mr Boney M x beri bunga dia akan naik pentas utk bagi bunga...dia pun tak kelip mata tgk korang hihi...sungguh cantik posting ni......
Hafiz Hadi dan Saiful watak Boney M diiringi lagu 'Sunny'...perghhh..paling x boleh dilupa..layan habis disco cucuk langit...beb!!!...

Sahrol watak Man Kial...memainkan Intrumental gitar versi Man Kidal, layan rock tak ingat orang sekeliling....aduh....diakhir show dia tali gitar putus...hampeh!!!!...tapi nama sebenor dia adalah Man Kial anak pak bidin kg terkehel, sepupu amid kengkang yg kawen dgn cucu wak sidin jonggang...hah kau..

Zain Mazlan watak Ramli Sirap feat Man Kial dengan lagu 'Oh Mak Siti'...secara tiba-tiba Mak Siti muncul....mengelabah semua...hihi..dahsyatttt....tengah sedap layan lagu...tali gitar Man Kial putus kali kedua...lagi hampassssssss......aduiiii....

Kamal Ariffin watak Alley-Coat dengan lagu 'Sampaikan Salam Cintaku'-Alleycats....
huru-hara pentas masa ni...

tak cukup satu lagu sambung pula dgn dangdut...Cek Mek Molek-M Daud Kilau...ape lagi...kat atas pentas semua dah naik angin...layan je lahhhhh...



hah...beginilah akhir ceritanya...semua yang menjalani ujibakat adalah dari kalangan pesakit jiwa...telah masuk waktu makan ubat semua kena beratur...membuatkan penonton tak kering gusi melihat gelagat semua pelakon-pelakon PESENI yang hebat-hebat.