BannerFans.com



30 Mac 2012

UCAPAN TERIMA KASIH DARI TOK KETUA





As Salam Warga FRIM,
Alhamdulillah....memanjat syukur kepada Nya.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Y.Bhg Dato' Dr. Abdul Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM di atas cetusan idea asalnya Puteri Gunung Ledang maka terbitlah Teater Kontemporari 'Puteri Bukit Lagong' versi Peseni Kelab FRIM.
Ucapan terima kasih juga kepada En. Mohd Zamshari, Pengarah Kewangan yang telah meluluskan peruntukan, En. Abdul Jabbar, Pengarah Pentadbiran yang banyak membantu dari pelbagai sudut, En. Ablah yang membenarkan Peseni menggunakan kemudahan Auditorium dan bilik Morinda/Garcinia sebagai tempat Latihan kami, En. Asmar yang sama-sama membantu memberi idea, nasihat, rakaman audio visual dan juga 3 orang Pelajar Pratikal dibawah selian beliau, En. Yusni yang merakamkan gambar-gambar, Unit Kenderaan serta Pemandu-Pemandunya, Bahagian Sumber Manusia, Cik Wahayu dan sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya.
Seterusnya Ucapan Terima Kasih Khas untuk Pelakon-Pelakon Teater iaitu Nurhajarul Hasni (penulis skrip&Nenek Kebayan), Sahrol Ablah (Dato' Bendahara), Yahya Marhani (Dato' Laksamana), Zaiton Mohamad (sepupu Puteri Bukit Lagong), Muhamad Sahrul Selamat (Sultan), Mohd Alhad Saleh (SiTopok), Norazlina Zakaria (Pengawal1), Mohd Hafiz Hadi (Pengawal2) dan Mohd Zain Mazlan (Pengawal3).
Manakala watak-watak Pokok & Haiwan pula adalah terdiri daripada Nornajwa Che Long (Rama-Rama), Saiful Azwan Basri (Ayam), Muhaimin,Molok,Nizal,Samsol Bohari,Faizulzaki,Rohaidah,Hani Bani,Nurasmah,Hasrina Hasnor dan Ascem.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada tenaga produksi dibelakang Tabir iaitu Tanjong Abdulah,Rozita Ibrahim,Roziah Ayoub,Rosnaidah Ibrahim,Samsuri Toh Harun dan Samsul Bahrin Abdulah.


Kalau Pergi Ke Tanah Jawa
Jangan Dilupa Membawa Bekalannya
Jasa Dan Budi Kalian Ku Sanjung Jua
Berserah Kepada Tuhan Memberi Ganjarannya



Salam Hormat,
Yang Ikhlas,



Kamal Ariffin Ismail
1.10 pagi - 29 Mac 2012

WARNA WARNI PESENI DI SIMFONI SENI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR 2012

PESENI telah mewakili FRIM dalam pertandingan tersebut yang diadakan di Dewan Baiduri, NRE Putrajaya pada 28 Mac 2012 (Rabu) dan telah mendapat tempat ke 3 dari 13 agensi dibawah NRE....Tahniah!!!






muka-muka baru lepas persembahan...huuuuu...legaaaa..




apa????...ada syarat???....





lawa juga nenek kebayan tu ye....tapi???...



siapa kau?????....



no!!!no!!no!!no!!!....cantik tak mak!!! hihii






ada kutu laaaa....uuuhhhh!!!








hah!!! cisss...aku adalah dato laksamana yg tampan lagi hebat!!!!




disini ada hantu dato!!!!!...apeee??????...lawa juga kau ni pengawal...hihii


Tuan puteri tu dijaga oleh nenek kebayan tuanku!!!!...

apeeee??????....biji mata sultan nak terkeluar aku tengok...hihii



10 tahun tak potong rambut aku ni....


Sepupu kpd Puteri...Sultan Shahrul Shah...Rama-rama PINK...Dato Bendahara...






Pokok yang segar....hihi





Si Gagap...Si Setia...Si Pekak...



hanya satu saja peluang yang ada....buat yang terbaik yee!!!

amanat dari Tuan Pengarah....



FRIM BOLEH!!!!






Dato' Bendahara dan Dato' Laksamana






si topok...yang ganas!!!!

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA PESENI DARI TUAN TANAH




Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Esa....Akhirnya PESENI telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Simfoni Seni NRE 2012 yang melibatkan 13 agensi dibawah kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), umpama semangat baru yang kami dapat dengan kejayaan ini untuk diserapkan didalam jiwa setiap warga PESENI untuk bersama-sama memberikan yang terbaik untuk FRIM secara amnya...disini PESENI berdiri teguh untuk memberikan peluang kepada semua kakitangan untuk menceburkan diri dalam kesenian dan kebudayaan untuk menghasilkan kakitangan yang kreatif dan produktif....semoga warga PESENI maju jaya dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan...hamba menyusun sepuluh jari tanda kemaafan keatas silap dan salah hamba disepanjang perjalanan pertandingan ini....








Daripada tak ada baik lah ada
Sudah ada senang sekali
Selalu diri ku berwaspada
Tapi kesilapan berulang kali

Tanam mari ibu halia
Hendak buat kuah laksa
Sungguh hati mu terlalu mulia
Baik hati berbudi bahasa

Resah hati begitu lama
Menanti tibanya sahabat sejati
Baru kini dia menjelma
Sungguh bahagia rasa dihati



by levin...