BannerFans.com



22 Mei 2012

PERSEMBAHAN PESENI DI HARI ANUGERAH FRIM 2012

PESENI telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan berbentuk hiburan dari Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah FRIM yang telah diadakan pada 18 Mei 2012 (Jumaat), dengan komitmen yang diberikan setiap ahli PESENI maka kami telah mempersembahan sketsa musikal bertajuk "Ujibakat...nak pecaya ke?".Tahniah kepada semua artis yang telah memberikan komitmen kental bagi menjayakan majlis tersebut....saksikan antara babak-babak nya....

Rancangan dimulakan oleh Tok Ketua....selaku Hos Rancangan.


 En.Yahya memegang watak Jamal Dolah...dengan lagu idolanya Azura - Jamal Abdilah

 Ain dengan watak Abedah Undur menyanyikan lagu Terlalu Istimewa - Adibah Nor


 Zaiton dengan watak Ramlah Dam...menyanyikan lagu Kau kunci cintaku dlm hatimu-Ramlah Ram...siap ada papan dam didada dan kunci gergasi kauuuuu....hihihi...

 Samsuri dan Azlina dengan watak Muthu Khan dan Kumari kirja melakonkan gaya artis bollywood...lagu Kol Mil Gaya.....

 dari kiri Hasni, Hawa, Zuriati, Rosnaida dan Wawa...gadis joget dengan lagu saloma "kenek-kenek lah udang"...memang layan tengok mereka menari....padahal lagu pengantin tu...hihihii...  


Hasrina dengan watak Tona menyanyikan lagu 'Terukir dibintang -Yuna, memang bagus lakonannya...
Dato KP kata kalau Mr Boney M x beri bunga dia akan naik pentas utk bagi bunga...dia pun tak kelip mata tgk korang hihi...sungguh cantik posting ni......
Hafiz Hadi dan Saiful watak Boney M diiringi lagu 'Sunny'...perghhh..paling x boleh dilupa..layan habis disco cucuk langit...beb!!!...

Sahrol watak Man Kial...memainkan Intrumental gitar versi Man Kidal, layan rock tak ingat orang sekeliling....aduh....diakhir show dia tali gitar putus...hampeh!!!!...tapi nama sebenor dia adalah Man Kial anak pak bidin kg terkehel, sepupu amid kengkang yg kawen dgn cucu wak sidin jonggang...hah kau..

Zain Mazlan watak Ramli Sirap feat Man Kial dengan lagu 'Oh Mak Siti'...secara tiba-tiba Mak Siti muncul....mengelabah semua...hihi..dahsyatttt....tengah sedap layan lagu...tali gitar Man Kial putus kali kedua...lagi hampassssssss......aduiiii....

Kamal Ariffin watak Alley-Coat dengan lagu 'Sampaikan Salam Cintaku'-Alleycats....
huru-hara pentas masa ni...

tak cukup satu lagu sambung pula dgn dangdut...Cek Mek Molek-M Daud Kilau...ape lagi...kat atas pentas semua dah naik angin...layan je lahhhhh...



hah...beginilah akhir ceritanya...semua yang menjalani ujibakat adalah dari kalangan pesakit jiwa...telah masuk waktu makan ubat semua kena beratur...membuatkan penonton tak kering gusi melihat gelagat semua pelakon-pelakon PESENI yang hebat-hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan