BannerFans.com



04 Disember 2012

PROGRAM SAMBUTAN BULAN BAHASA PERINGKAT FRIM 2012

Bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan Sempena Bulan Bahasa 2012, PESENI Kelab FRIM dengan kerjasama Unit Pengurusan Korporat  telah mengadakan

Program Sambutan Bulan Bahasa Peringkat FRIM 2012 pada 30hb November 2012 dengan tema 'FRIM DIHATIKU' yang diadakan di Auditorium, FRIM pukul 02.45 petang.

Semua kakitangan dijemput hadir bagi memeriahkan
Sambutan Bulan Bahasa Peringkat FRIM.
Pelbagai persembahan seperti Pertandingan Berbalas Pantun,dan Persembahan Deklamasi Sayembara Puisi dari kakitangan FRIM akan dipersembahkan.

Pengacara yang tak asing lagi dari PESENI iaitu Pn Nuhajarul Hasni dan En Shafiz
menjadi penyeri majlis...cakap berbunga-bunga gitu...hii

Kumpulan Tun Teja tekun untuk mencari pantun yang sesuai untuk dijual kepada kumpulan lawan


Kumpulan Rosselee meneliti jawapan yang terbaik untuk dijawap 
supaya boleh menambat hati juri...

Juri jemputan dikalangan pegawai FRIM....susah nak pilih yang mana satu
kumpulan yang akan menang...sama hebat!!...


Dr Wan Tarmizi mendendangkan lagu puitis bertajuk Berita kepada kawan
menjadikan penonton teruja dengan penyampaiannya...


Dr Mohd Nor dan En Nurul Hilal menyampaikan deklamasi sajak yang bertajuk
 'Doa Dalam Pertanyaan Diri' bakat yang terpendam selama ini diluahkan...syabas


Dr Rahim Sudin sudi menyampaikan deklamasi Puisi bertajuk 'Aku Budak Kampung'
..membawa kita memperingati asal kita dalam kehidupan harian orang kampung...
walaupun kita ni kecil tapi cita-cita kita besar...  


Dr Rusdan Ibrahim dalam penyampai deklamasi sajak beliau bertajuk 'FRIM Bumi Tercinta'
ayat yang tak boleh dilupa adalah ...acuan latiiiifffffffffffffffffffff....FRIM boleeeehhhhh...memang terbaik!!


Pn Suharti Samod menyampaikan deklamasi sajak bertajuk '



Y Bhg Dato' Ketua Pengarah FRIM telah pun menyampaikan deklamasi puisi yang diciptanya khas dari gurindam jiwa buat orang yang dikasihi...bertajuk 'MELODI SI ANAK UBI' dikemuncak kepada pertandingan di Bulan Bahasa ini..sungguh indah ayat-ayat dicipta..terima kasih Dato'...
(sila rujuk liriknya di sudut Karya Pilihan)


Pasukan Tun Teja dinobatkan Johan pertandingan pantun peringkat FRIM 2012


Pasukan Rosselle mendapat naib johan pertandingan pantun peringkat FRIM 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan